Rawatan Resdung- benar atau palsu?



Yang mana satu rawatan resdung yang dapat menyelesaikan masalah hidung tersumbat, sakit tekak , gatal mata anda dengan cepat dan pantas.

Tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu anda ubat resdung yang manakah benar dan yang manakah palsu. Ubat resdung yang terdapat di pasaran kini direka dengan formula-formula berbeza.

Bukanlah cara atau jenis rawatan resdung yang anda perlu endahkan tetapi kesan baik atau buruk sesuatu method perubatan yang perlu dikenal pasti.

Saya mempunyai kenalan dari dunia siber yang mengalami resdung kronik dan masih lagi mengambil ubat doktor semenjak kecil hingga sekarang(24thn)lagi.Kesan ubat-ubatan yang hanya menahan rasa sakit amatlah merbahaya, hinggakan beliau mengaku sendiri sering mengalami halusinasi.
Fikir-fikirkanlah merawat resdung bukanlah sesenang yang kita sangkakan.
Cubalah pelbagai petua resdung dan ujilah tip-tip yang selalu saya sarankan paling malas pun cuba selama seminggu dan tengok hasilnya.

Penyakit resdung sekiranya tidak dirawat memang boleh mengakibatkan kanser dan memudaratkan seseorang itu sekiranya menghidapi migrain.

Penawar resdung yang terbaik ialah USAHA serta DOA agar ditemukan jenis rawatan yang sesuai dan lebih praktikal untuk anda amalkan.

Petua Resdung

Dalam kesibukan H1N1 melanda di tanah air kita ni memang pengamal herbalis yang menjalankan rawatan resdung agak berani menempuhi cabaran risiko jangkitan selsema babi ini.
Jadi ramai yang mengambil langkah untuk menangani kesakitan / jerawat dengan hanya membeli ubat resdung di kedai-kedai farmasi / pasaraya mahupun di gerai-gerai perawat resdung jalanan seperti saya.

Penyakit resdung memang agak sukar untuk dirawat dan ditangani salah saja step boleh mengundang kesesakan nafas dan membawa kepada sakit kepala yang kronik.

Bagi pengidap-pengidap yang selalu merawat resdung, saya ucapkan tahniah kerana anda perihatin terhadap kesihatan anda.Teruskan usaha.Apa yang mampu saya kongsikan hanyalah petua resdung yang mudah tetapi mungkin tidak kita sedari kita boleh amalkan dan modalnya kurang dari rm 100.

Jerawat resdung juga dapat anda basmi sekiranya kadar pengeluaran minyak pada muka anda dikawal secara bijak menggunakan bahan pencuci muka yang berasaskan 50% madu.

Gabungaan rawatan dari dalam dan luar serta kesungguhan ingin bebas dari keadaan sekarang ialah penawar resdung yang sejati.

Fuh sedapnya nasi goreng chicken chop!

mcm makan di hotel shj! itulah perasaan pertama kali bila makan menu baru gerai jiran saya di danau kota , hasil preparation oleh bro azhar selaku bekas chief chef di restoran italy cuisine michealangelo.

Nasi goreng ala-ala nasi goreng cina dicampur dengan mushroomcream yang menaikkan selera sesiapa sahaja yang gemarkan mushroom soup.

harga rm5.00 shj..? murah dan memang berbaloi..

esok hari jumaat mesti nak try lagi.