Resdung -Bagaimana nak tahu anda ada resdung atau tidak?


Topik ini mesti feveret dikalangan anda...sebelum nak buat rawatan resdung , mesti kita perlu tahu yang kita ni mengidap gejala resdung ataupun tidak.Jangan sekadar dengar kawan-kawan bising mengatakan

"ko bersin tu resdung la..." atau "jerawat batu tu akibat resdung,pegilah buat rawatan"

untuk kenal pasti anda mengidap resdung atau tidak baca list down simtom-simtom resdung yang saya akan tulis.

1-kerap bersin waktu pagi
2-gatal-gatal mata yang melampau tidak tentu waktu
3-gatal-gatal telinga..hmm bila korek dengan cotton bud tapi takde pape pun
4-muka rasa merayap-rayap /miang terutamanya ketika sejuk
5-mata merah waktu pagi(sejuk) sering berair
6-jerawat belakang badan
7-alergik dengan seafood
8-bersin bila terhidu cili kering(tak boleh dibawak pegi pasar ni)
9-alergik habuk yang melampau(alasan tak nak menyapu sampah)

dan banyak lagilah ini senarai serba sedikit yang boleh anda tanya pada diri sendiri...
Adakah anda mengidap gejala resdung?

g24jiwhdca

Testimoni Perawatan Resdung


hmm..buat masa sekarang saya telah terima lebih kurang 10 testimoni resdung setelah merawat dengan saya..sebenarnya ramai lagi yang belum submit borang testimoni rawatan resdung ...sabar jerla..

yerla hidung dah selesa,tak bersin-bersin lagi...yang muka jerawat pula happy je... muka dah jadi licin...

Syukur pada Allah..


"Manusia boleh berikhtiar,Tuhan yang menyembuhkan"
*p/s - kalau dah ok rajin-rajinlah submit borang testimoni boleh kongsi pengalaman kan.

Kaunter pertanyaan hari ini...tanya sekarang

Aha...kalau nak bertanya pasal resdung..tanyalah di sini saya cuba menjawabnya dengan jawapan seringkas mungkin agar senang berkongsi maklumat..

Tunggu apa lagi comment post ni cepat-cepat!

Resdung-Tip-tip Resdung yang boleh diamalkan di rumah

Penjagaan resdung amatlah penting seperti kita menjaga rambut,kuku,gigi dan sebagainya.
berikut ialah alamalan penjagaan resdung yang wajib dilakukan untuk mengelak diri dari dihinggap resdung.

1.Pagi-pagi masukkan air sejuk di dalam hidung anda seperti mengambil air solat kiri dan kanan rongga hidung.Hembus untuk keluarkan/cuci bendalir-bendalir kotor(hingus) dan lap dengan tisu atau towel yang bersih.

2.Setelah pulang kerja terutamanya yang tinggal di kawasan K.L ni(bandar harus cepat basuh muka untuk hilangkan kotoran dan cuci rongga hidung.Pakai pencuci muka yang berasaskan madu.

3.Amalkan pemakanan madu satu sudu teh sehari.Kesannya hidung lebih selesa dan dapat kurangkan hidung tersumbat.

4.Bersihkan bilik anda 3 hari sekali untuk mencegah habuk.

5.Wapkan air panas ke muka sekiranya hidung kurang selesa serta tersumbat.Mesti nampak kesan.

Cubalah ini ialah seberapa tip penjagaan resdung...tunggu untuk post saya nanti

Rawatan Resdung-Catatan Harian

Permulaan tugas pada pukul 11.30 mlm ....cuaca: hujan renyai renyai

Saya berjaya melakukan rawatan resdung seramai 7 orang..almaklumlah hari minggu
Seperti biasa sebelum melakukan rawatan resdung saya akan menerangkan step-by-step rawatan
agar pesakit takkan canggung semasa proses rawatan resdung ini dilakukan.

Alhamdullilah kes seorang pakcik ni..dari kawasan sekitar Gombak Selangor dah buat rawatan ni bulan Febuari lepas(kira-kira 1 bulan selepas rawatan) dah nampak hasil. Beliau jarang bersin tetapi kerap sakit kepala..salah satu simtom resdung yang sering dialami para pengidap resdung. Setelah saya merawat beliau hidung makin selesa dan kepala kurang sakit lagi...ni kira 2nd time rawatan.
"Itu hari lepas buat rawatan ada rasa ummph sikit...itu pasal pakcik rasa nak buat lagi" katanya selamba shj

Apa yang penting rawatan resdung cara Gurah ini memang cepat datangkan hasil yang baik!

Kata-Kata Penulis

Assalammualaikum w.b.t

Pertama kalinya saya ingin ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog Diari Perawat Resdung Jalanan iaitu amirsyazi.blogspot.com.

Blog ini diwujudkan untuk menceritakan pengalaman saya merawat resdung secara bebas(Jalanan) sambil menambah ilmu manusia dan ilmu perubatan alternatif(herba + homeopati + Teknik Aura & Reiki)

Latar Belakang Amirsyazi:

Nama:Amir
Umur:27 thn 1982
Kelulusan:Dip.Mechatronic Engineering GMI(Malaysia)/ BBA OUM(masih belajar)
Pengalaman Merawat Resdung Alternatif: 1.5 thn
Pengalaman Perubatan Alternatif Umum: 3 thn
Pengalaman Bisnes on-line: 8 bulan
Pengalaman Bisnes off-line: 4 thn


Saya harapkan anda semua mendapat pelbagai maklumat berguna apabila kerap mengunjungi blog amirsyazi.blogspot.com.
Rajin-rajinkanlah tinggal kan komen membina untuk saya lebih bersemangat menjalankan tugas saya sebagai Perawat Resdung Jalanan ini!



"membaca amalan mulia"