Apabila orang melayu bercakap pasal bisnes part 2


Rata-rata melayu memang bijak berbicara pasal bisnes.Saya amat teruja akan kepetahan orang melayu berhujah sesama sendiri dari malam hingga ke subuh.

Antaranya topik bincang niaga ialah ada peniaga baru masuk ke tapak perniagaan melancarkan strategi perang harga.Udah semuanya ketakutan dan membawa mulut masing-masing.Meniaga kita boleh bankrup.Susah nak maintainla,sebab diaorg turun harga kaw kaw.Mesti komplen la.(sebenarnya strategi harga hanya mampu bertahan seketika sahaja)

Bagi saya harga bukan segala-galanya.Kenapa kita sanggup makan McD dan bayar sampai 2-3puluh ringgit(bawak family lagi) sebab servis.Ataupun kita sanggup bawak anak-anak kita pergi berhibur di pusat karaoke red box kerana bersih dan tidak macam disko.Kenapa tidak ke karaoke jamban shj(tempat rempit).

Jauh beza perbelanjaan tu.Fikir-fikirkan.

Jangan kita timbulkan mentaliti bangsa lain terhadap org melayu ialah...kita ini ialah bangsa yang tidak mampu menanggung kehendak hati dan keluarga tetapi hanya mampu...berkata seperti begini..

Bos boleh kurang lagikah ini harga..?(sedangkan kita tidak pernah membuat kaji selidik harga perbandingan sebelum membeli)

Bos bawah rm200 adakah untuk handphone jenis ini?(sedangkan harga yang tertera memang rm500 ke atas)

bangsa lain sudah lama tertanam diminda meraka bahawa bangsa melayu hanya nak murah,walaupun mengetahui hasilnya hanya sementara.(maka meletoplah jualan handset china ala mirip-mirip segalanya)

Saranan saya ialah gunakan akal dan ilmu berbanding emosi.
Kalau nak berbisnes utamakan servis dan niat mahu menolong terutamanya bisnes berkaitan kesihatan.

Maka melayu yang mudah berjaya ialah
melayu yang dapat nilaikan harga dan kualiti
melayu yang senantiasa mencerminkan diri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
melayu yang senantiasa ambil kebaikan dari seseorg dan doakan agar dijauhkan dirinya dari keburukan seseorg(bknnya mengumpat)

Selamat bertemulagi dan selamat beramal!

0 comments:

Post a Comment