Tip Banteras Jerawat Resdung Segera


Apa khabar semua, bagaimana dengan gejala resdung anda? makin beransur pulih ke?

Di sini ,Saya ingin kongsikan tip-tip yang telah di gunapakai oleh pelanggan-pelanggan saya mengenai masalah kulit muka berjerawat yang dihadapi mereka.

Pendek kata di mana ada resdung mesti kelibat jerawat 'batu' / tegar akan terpapar dimuka mereka. Maaflah sekiranya saya bangkitkan isu yang amat sensitif bagi sesetengah pihak.

Baiklah, tipnya mudah sekali tetapi nescaya mempunyai impak yang besar.Anda boleh cuba langkah yang simple ini tetapi saya tetap klasifiedkan sebagai langkah yang 'terbaik' buat masa ini.

Anda hanya perlu mencari apa-apa jenis pencuci muka/masker/krim/sabun yang berasaskan madu.Ingat mestilah mempunyai kandungannya tidak kurang 50% madu.

Applykan barangan(krim/sabun/masker) tadi direct kepada jerawat-jerawat yang tegar tadi.
Owh bagaimana pula dengan masker?
Potong-potong sahaja kepingan masker itu kepada beberapa bahagian kecil dahulu kemudian lekatkan terus pada jerawat.

Saya amat syorkan agar buih sabun/krim/masker itu dibiarkan agak lama sedikit dibahagian muk atau kenekan terus di bahagian yang bermasalah tadi.

Contoh , sekiranya anda menggunakan sabun,biarkan buih sabun itu 2-3 minit sebelum membilasnya dengan air.

Kalau amalkan dalam tempoh seminggu mesti ada hasilnya.

Ingat mesti cari barangan yang berunsurkan Madu(50%).
Kalau paling malas pun buat teknik ini pagi dan malam-2 kali sehari selama 1 minggu

*p/s-Jerawat pada belakang badan akan cepat mengecut 3-4 jam berbanding jerawat pada muka(1 hari ke 4 hari).

*p/s-Sebelum mengaplikasikan teknik ini sila tangkap gambar anda terlebih dahulu ,kemudian setelah seminggu ambil gambar sekali lagi dan bandingkan.

*p/s-Teknik ini sebenarnya bernilai lebih dari beratus ratus ringgit kerana sekiranya dibocor pada orang ramai habislah penjual-penjual barangan kosmetik lain mengamuk terhadap saya.

Kalau ada perubahan sila tinggalkan komen sebagai tanda sokong anda @ Diari Perawat Resdung Jalanan.

Sekiranya info ini amat berguna kepada anda,subcribe sahaja emel anda di ruang feedburner di sebelah kanan page ini.

1 comments:

Anonymous said...

nak tanya.. protex propolis tu ok tak? kalo nak hilangakan jerawat badab tu...?

Post a Comment